Laman Utama
Pengenalan
Program
Kertas Kerja
Penghargaan
Pendaftaran

Bilik Gerakan SKUOM
Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-89215345

Fax :03-89258026

Emel : skuom88@yahoo.com

Laman web : 

http://kuoukm.com

 

 

 

Info Kami
Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan


Jata Kami


UKM logoJata UKM diilham dan direka oleh Mohd. Aris bin Atan dan dipersetujui oleh YAB Tun Abdul Razak, Canselor pertama UKM yang juga Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Jata ini telah digunakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 1973.

Jata ini kemudiannya dikemaskini dan direka semula supaya selari dengan kehendak semasa kini. Ia seterusnya dirasmikan oleh DYMM Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Canselor UKM pada 29 Julai 2000.

Falsafah Kami

Paduan antara Iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

Visi Kami

UKM bertekad untuk menjadi sebuah universiti terulung yang menjadi pelopor inovasi dalam pembinaan ilmu pengetahuan bagi mencapai aspirasi membentuk sebuah masyarakat yang dinamik, berilmu dan berkepimpinan.


Misi Kami

Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

[ATAS]

Matlamat Kami

Untuk menjadi pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing yang:
- Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu;
- Membangun masyarakat dinamis dan berakhlak mulia;
- Mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat; dan
- Menjana teknologi yang bermanfaat kepada masyarakat.

Cokmar Kami

UKM maceCokmar ini telah dianugerahkan di Balairong Seri pada 16 Jun 1973 oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan perkenan Majlis Raja-Raja sebagai simbol Universiti Kebangsaan Malaysia kepada YB Datuk Hussein Onn yang menyerahkannya kepada Naib Canselor Universiti, Datuk Dr Ariffin Hj Ngah Marzuki pada Majlis Konvokesyen di Parlimen pada 23 Jun 1973.

Cokmar ini digunakan semasa majlis-majlis tertentu sahaja, seperti konvokesyen dan pelantikan Canselor dan Pro-Canselor. Cokmar ini dibuat oleh Persatuan Seni dan Kraftangan Kelantan.

Dasar Kualiti Universiti

Seluruh warga UKM bertekad menjadikan UKM Pusat Ilmu Terpilih melalui pendidikan, penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan yang menepati keperluan pelanggan.

Objektif Kualiti Universiti

  • Memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan UKM.
  • Mendapatkan maklum balas tentang perkhidmatan yang diberikan.
  • Memastikan kakitangan yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan sentiasa mementingkan kerja berkualiti.
  • Mewujudkan sistem dan persekitaran kerja yang kondusif danĀ berkualiti bagi menyokong serta mencapai dasar kualiti UKM.