
PROFIL UNGKU OMAR
Allahyarham Dato? Dr Ungku Omar Ungku Ahmad
merupakan seorang tokoh perubatan Melayu dan ahli sains yang
berkaliber yang sentiasa memikirkan soal pembangunan bangsa
dan agama.
Beliau
dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bharu, Johor dan
mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kluang, Segamat,
Pontian dan Tangkak, Johor. Kecemerlangannya telah membawa
beliau ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya mememasuki
Universiti Malaya, Singapura. Setelah menamatkan pengajian
perubatan pada tahun 1957 dan latihan doktor di Johor Bharu,
Allahyarham Ungku Omar telah berkhidmat sebagai Pegawai
Perubatan di Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur.
Pada tahun
1961, Allahyarham Dato? Dr Ungku Omar telah berangkat ke
England untuk melanjutkan pelajaran dan memperolehi Diploma di
bidang Patologi daripada Royal College of Physicians London
dan Royal College of Surgeons pada tahun 1962. Pada tahun yang
sama allahyarham telah dilantik menjadi Pendaftar di
Jabatan Patologi, Royal Free Hospital, School of Medicine,
London. Selepas dua tahun berkhidmat beliau telah dilantik
sebagai Pendaftar Kanan dan diterima menjadi Ahli College of
Pathologist, London.
Beliau
seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Kedoktoran
Falsafah (PhD) pada tahun 1965. Pada tahun yang sama juga,
Allahyarham Dato? Ungku Omar telah diterima sebagai ahli
Institute of Biology, London. Seterusnya pada tahun 1967,
beliau telah dianugerahkan Ahli Kehormat College of American
Pathologist, Amerika Syarikat.
Sekembalinya
beliau ke tanahair, Allahyarham Dato?Dr Ungku Omar Ungku Ahmad
telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan
dan beliau merupakan anak Melayu yang pertama memegang jawatan
tersebut. Sepanjang hayatnya beliau telah menghasilkan
sebanyak 40 kertas kerja tentang bidang pengkhususannya. Prinsipnya,
?Kesihatan itulah kemajuan ? Tak sihat manakan maju? telah
ditegaskan oleh beliau ketika memperjuangkan bahasa Melayu
dalam bidang perubatan negara.
Allahyarham
Dato? Dr Ungku Omar telah memainkan peranan yang penting dalam
penubuhan Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM). Menurut
sesetengah pihak, beliau merupakan di antara orang yang
penting dalam menyuarakan hasrat penubuhan UKM. Penubuhan UKM
merupakan titik penting perkembangan pendidikan Melayu kerana
ianya merupakan universiti yang meletakkan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan seterusnya memertabatkan bahasa
Melayu.
Pelbagai
jawatan telah dipegang oleh beliau, antaranya ialah Pengarah
Institut Penyelidikan Perubatan, Pengarah Perkhidmatan
Membasmi Malaria, Pengarah Makmal Perubatan dan Kesihatan
Malysia, Ahli Jawatankuasa Pakar Kementerian Kesihatan
Malaysia, Ahli Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau dalam
Perubatan Tropika (SEAMEC ), Ahli Jawatankuasa Sains Sosial
UNESCO dan lain ? lain lagi.
Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 dalam usia yang begitu muda, 38 tahun tetapi jasanya kekal hingga kini dan sebagai penghargaan terhadap sumbangan beliau, namanya telah diabadikan pada sebuah pusat pengajian tinggi, Politeknik Ungku Omar.
E-mail: enquiry@kuoukm.com






