Laman Utama
Pengenalan
Program
Kertas Kerja
Penghargaan
Pendaftaran

 

 

 

Bilik Gerakan SKUOM
Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-89215345

Fax :03-89258026

Emel : skuom88@yahoo.com

Laman web :

http://kuoukm.com

 

 

KOLEJ UNGKU OMAR

Kolej Ungku Omar mula dibina pada 23 Jun 1976 dan telah siap pada 7 Januari 1978 dengan menelan belanja dalam RM 7 juta dengan keluasan anggaran 220 kaki persegi. Kolej Ungku Omar mempunyai 4 blok asrama, 22 blok pangsiswa dan 3 blok pangsarama yang mampu menempatkan seramai 1024 orang pelajar.

Lokasi Kolej Ungku Omar yang berdekatan dengan Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan serta dengan bagunan kemudahan seperti Pusanika, Perpustakaan Tun Seri lanang, Pusat kesihatan menjadikan Kolej Ungku Omar sebagai salah satu kolej yang direbut pelajar. Selain itu, prasarana Kolej Ungku Omar yang lengkap dengan adanya kedai fotostat, kedai dobi, C-mart, kafetaria, pusat siber, pusat sumber, bilik ICT, dan juga kemudahan beriadah seperti gimnasium, gelanggang bola keranjang, sepak takraw, badminton, dan squash menjadikan Kolej ini sebagai salah satu kolej terlengkap di UKM.