Kolej Ungku Omar mula dibina pada 23 Jun
1976 dan telah siap pada 7 Januari 1978 dengan menelan belanja
dalam RM 7 juta dengan keluasan anggaran 220 kaki persegi. Kolej
Ungku Omar mempunyai 4 blok asrama, 22 blok pangsiswa dan 3 blok
pangsarama yang mampu menempatkan seramai 1024 orang pelajar.
Lokasi
Kolej Ungku Omar yang berdekatan dengan Fakulti Sains dan
Teknologi dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan serta dengan
bagunan kemudahan seperti Pusanika, Perpustakaan Tun Seri lanang,
Pusat kesihatan menjadikan Kolej Ungku Omar sebagai salah satu
kolej yang direbut pelajar. Selain itu, prasarana Kolej Ungku
Omar yang lengkap dengan adanya kedai fotostat, kedai dobi,
C-mart, kafetaria, pusat siber, pusat sumber, bilik ICT, dan
juga kemudahan beriadah seperti gimnasium, gelanggang bola
keranjang, sepak takraw, badminton, dan squash menjadikan Kolej
ini sebagai salah satu kolej terlengkap di UKM.
Pelajar Kolej Ungku Omar juga bukan calang-calang orangnya. Pelbagai kejayaan telah diraih dalam bidang akademik, sukan dan kebudayaan. Biro-biro dan kelab-kelab yang ditubuhkan menjadi pelantar bagi pelajar Kolej Ungku Omar menyerlahkan bakat yang sedia ada.

SEMINAR
KEBANGSAAN KOLEJ UNGKU OMAR
" MASA DEPAN POLITIK MALAYSIA"
pada 4-6 Nov. 2008 bertempat di Hotel Equatorial Bangi.
Di anjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (Jaksa), Kolej Ungku Omar (KUO), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Majalah
kolej Reminiscence KUO sudah
siap dan publish online.
Semua aktiviti warga KUO
boleh didapati disini.
majalah hebat ini adalah
hasil usaha pelajar KUO
sendiri.
Dapatkan sekarang sebelum penyiaran di tarik balik.







